Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

179) BANGUNAN-BANGUNAN KOMERSIL

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Di dalam tempoh ekonomi yang meleset, terdapat banyak bangunan-bangunan komersil yang dibangunkan tetapi tidak dapat dijual. Apakah tindakan yang diambil oleh pihak PBT / Kerajaan Negeri bagi memastikan kawasan ini tidak menjadi sarang jenayah / kawasan penempatan haram bagi golongan pendatang asing?

    Terdapat beberapa pendekatan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri, yang paling utama adalah dengan melaksanakan promosi seperti mana yang telah dilaksanakan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor. Justeru itu, anak – anak syarikat negeri seperti PKNS juga melaksanakan promosi untuk hartanah-hartanah yang tidak terjual ini. Malahan promosi di peringkat nasional juga dilaksanakan seperti MAPEX (Malaysia Property Expo) yang di selaraskan oleh pihak REHDA.

     

    Manakala isu yang berkaitan pendatang asing, penguatkuasaan bersepadu secara berterusan dilaksanakan oleh pihak PBT dengan kerjasama PDRM dan Imigresen.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.