Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

131) BANGUNAN DI PEKAN KUALA KUBU BHARU

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan status permohonan Balai Bomba Lama di Pekan Kuala Kubu Bharu sebagai Tourist Information Centre (TIC) selepas lawatan YB Menteri Pelancongan.

    Pihak Majlis Daerah Hulu Selangor telah menyediakan dokumen rasmi, projek brief, dan permohonan peruntukan secara rasmi telah diberikan kepada pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, melalui satu perjumpaan rasmi antara pihak Tourism Selangor bersama Setiausaha Bahagian Pembangunan, pada 02 Oktober 2015 untuk pertimbangan sewajarnya di dalam Program Rancangan Malaysia Ke-11.

    Setelah pembentangan dibuat, pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia membuat kesimpulan bahawa pihak Kementerian akan mempertimbangkan lima (5) permohonan peruntukan terhadap produk pelancongan, termasuk menaiktaraf dan penyediaan kemudahan (TIC) di Bangunan Balai Bomba Lama, Pekan Kuala Kubu Bharu, yang amat berpotensi untuk menarik pelancong yang lebih ramai termasuk pelancong luar negara. Ianya perlu dikemukakan semula kepada pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bagi tujuan penilaian semula. Pembentangan kedua akan dibuat semula bersama Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pelancongan dan kebudayaan Malaysia dalam waktu yang terdekat.

Lampiran

Tiada Lampiran.