Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

42) BANGUNAN LAMA

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Di sesetengah kawasan terutamanya di Pelabuhan Klang, mempunyai bangunan-bangunan lama yang telah usang. Ini mencacatkan mata yang memandang oleh kerana Pelabuhan Klang adalah pintu masuk utama kemasukan kapal-kapal dagang dari Negara luar. Tiadakah perancangan jangka pendek dari PBT atau Kerajaan Negeri bagi membaik pulih semula bangunan-bangunan lama yang telah usang ini? Ini kerana bangunanbangunan lama tersebut mempunyai nilai-nilai sejarah tersendiri bagi Pelabuhan Klang

    Kerajaan Negeri telah membuat perancangan bagi kawasan Bandar Pelabuhan Klang
    dengan menyediakan Kajian Rancangan Kawasan Khas (RKK) Bandar Pelabuhan
    Klang 2015. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Ke 9 pada 10 Mac 2010 telah
    meluluskan RKK Bandar Pelabuhan Klang 2015 untuk pewartaan dan telah diwartakan
    dalam Warta Kerajaan Negeri Selangor pada 27 Mei 2010 dengan No Warta 1567.
    Rancangan Kawasan Khas merupakan satu Pelan Tindakan Pembangunan yang
    disediakan dalam masa singkat untuk tujuan pelaksanaan bagi Majlis Perbandaran
    Klang dan agensi-agensi yang berkaitan. RKK Bandar Pelabuhan Klang 2015
    mengandungi pelan induk yang menunjukkan cadangan pembangunan secara
    keseluruhan, cadangan-cadangan projek, pelan susun atur, kawalan pembangunan dan
    pelan pelaksanaan yang melibatkan cadangan fasa dan anggaran kos pelaksanaan.
    RKK Bandar Pelabuhan Klang 2015 ini mengandungi cadangan-cadangan
    pembangunan yang melibatkan guna tanah, imej dan reka bentuk bandar,
    pengangkutan dan lalu lintas serta pengairan dan saliran. Pelan Tindakan
    Pembangunan ini sememangnya bertujuan ke arah meningkatkan serta membaik pulih
    bangunan-bangunan lama yang bernilai sejarah di kawasan Bandar Pelabuhan Klang.
    Majlis Perbandaran Klang akan menjalinkan kerjasama dengan syarikat-syarikat cat
    untuk menjalankan kajian cat bagi bangunan-bangunan lama yang mempunyai nilai
    sejarah.
    Bandar Pelabuhan Klang termasuk di dalam Projek Pemuliharaan dan Pembangunan
    Sungai Klang Fasa 1 di kawasan Majlis Perbandaran Klang sepanjang 21 km. Projek ini
    boleh membantu meningkatkan imej B

Lampiran

Tiada Lampiran.