Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

228) BANGUNAN MILIKAN KERAJAAN SELANGOR DI BUKIT FRASER

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah kutipan sewa yang diperolehi daripada Rumah Rehat Sri Berkat pada tahun 2013 dan 2014.

    Rumah Rehat Sri Berkat, Bukit Fraser adalah salah satu produk pelancongan di bawah seliaan Tourism Selangor Promosi Sdn Bhd. Ianya merupakan sebuah rumah rehat yang telah berusia lebih kurang 90 tahun dan boleh dikatakan antara bangunan bersejarah yang unik serta menyimpan pelbagai cerita yang membuatkan pelancong untuk merasai pengalaman tinggal di sini. Bercirikan seni bina Inggeris serta begitu sinonim dengan Bukit Fraser yang turut dikenali sebagai Little England.

    Berikut adalah kutipan sewaan yang diperolehi daripada sewaan diperolehi daripada Rumah Rehat Sri Berkat yang mempunyai 9 buah bilik sahaja:

     

    Tahun

     

     

                    2013

     

                   2014

     

    Pendapatan

     

     

    RM 51,360

     

    RM 68,848

Lampiran

Tiada Lampiran.