Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

98) BANGUNAN PKNS

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bila bangunan tersebut akan beroperasi atau dimanfaatkan?

    Bangunan yang dirujuk adalah Asrama Yayasan Selangor yang terletak di Panchang Bedena, Sabak Bernam. Asrama Yayasan Selangor yang dahulunya dikenali Asrama Desa siap dibina oleh PKNS dengan kos mencecah RM5.2 juta.

    Asrama Yayasan Selangor ini telah diserahkan secara rasminya kepada Yayasan Selangor pada 14 Disember 2010. Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) diperolehi pada 15 Julai 2010.

Lampiran

Tiada Lampiran.