Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

80) BANGUNAN TERBENGKALAI

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Terdapat projek blok kedai di persimpangan Jalan Lapangan Terbang Subang dan Jalan Subang ÐSg.Buloh (belakang Stesen minyak Caltex) yang terbengkalai untuk beberapa tahun . Siapakah pemilik projek ini dan kenapakah ianya terbengkalai ?

    Untuk makluman Y.Berhormat, projek terbengkalai tersebut melibatkan cadangan pembinaan sebanyak 59 unit kedai pejabat 3 tingkat di atas hakmilik HS(D) 110996 hingga HS(D) 111054, Seksyen U3, Sungai Buloh yang dibangunkan oleh Tetuan Kumpulan Bumiklas Sdn Bhd. Berdasarkan rekod LPHS, saya difahamkan pengarah syarikat ketika itu adalah Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan dan En. Abdul Razak Bin Mohd Adnan. Walaubagaimanapun, syarikat tersebut telah digulung oleh Mahkamah dan Mahkamah telah melantik Ferrier Hodgson Sdn Bhd MH sebagai pelikuidasi pada 19.11.2007. Berdasarkan rekod carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 2008 mendapati syarikat tersebut mempunyai jumlah hutang yang besar dan kemungkinan besar projek tersebut terbengkalai disebabkan oleh masalah kewangan.

Lampiran

Tiada Lampiran.