Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

245) BANGUNAN TERBENGKALAI DI PASIR PENAMBANG

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan dari Kerajaan Negeri tentang bangunan lot kedai yang terbengkalai di Pasir Penambang, DUN Permatang?

    Tindakan yang diambil oleh pihak MDKS adalah seperti berikut:-

    1. Surat arahan telah dikemukakan kepada pemaju untuk menyiapkan bangunan kedai tersebut.
    2. Pemaju juga telah dipanggil untuk berbincang segera bagi menyiapkannya.
    3. Pemaju menghadapi masalah kewangan dan masalah pengurusan dalam menyiapkan bangunan tersebut.
    4. Pemaju akan dipanggil lagi di dalam Mesyuarat Pemantauan Projek Terbengkalai di peringkat PBT.

Lampiran

Tiada Lampiran.