Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

300) BANGUNAN TERBENGKALAI DI PERSIARAN BUKIT RAJA 2, BUKIT RAJA, MUKIM KAPAR SEJAK TAHUN 1998

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bangunan di persiaran Bukit Raja 2, Bukit Raja, Mukim Kapar telah terbengkalai selama 17 tahun sejak tahun 1998 dan telah menjadikan tanda tempat yang sangat negatif kepada Klang yang merupakan Bandar Diraja. Apakah rancangan Kerajaan Negeri atas projek terbengkalai ini?

    Projek merupakan cadangan sebuah hotel 24 tingkat. Projek telah terbengkalai sejak dari tahun 1997. Walaubagaimanapun, pemaju/perunding telah mengambil inisiatif untuk meneruskan projek tersebut. Oleh itu, permohonan pelan pindaan untuk menyambung semula kerja telah dimajukan dan diluluskan dengan syarat pada 20/03/2014 melalui no.fail P0283-95-P. Borang B (Perakuan untuk meneruskan pembinaan) telah dimajukan pada 23/10/2014. Pemaju sedang menyelaras semula penyambungan kerja-kerja pembinaan bangunan. Tarikh dijangka siap dan boleh digunakan bagi Fasa 1 untuk hotel dan podium ialah Oktober 2015 dan Fasa 2 untuk service apartment ialah tahun 2016. Peranan Majlis dalam memantau pemulihan projek ialah pihak Majlis menjalankan lawatan berkala sebulan sekali di tapak projek, mendapatkan carta perbatuan kerja pembinaan ditapak dan mendapatkan laporan kemajuan kerja di tapak secara bulanan daripada

    • Disertakan maklumat tambahan mengenai profil syarikat pemaju dan kos pemulihan
    • Nama Syarikat :    Acmar International Group
    • Alamat Syarikat :    32a, Jalan Tiara 2, Bandar Baru Klang, 41150

    Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

    3)  Tel : 603-3343 8833

    4)  Fax  :  603- 3343 7808

    • Pengasas :      Mr Tee Leh Tec
    • Lembaga Pengarah :-
      1. Dato Steven Tee
      2. Mr Tee Kim Hock
    • Mr Johnny Tee
    1. Dato Mustapha Abd Hamid
    2. Datuk Seri Ahmad Hj Kabit

     

    • Anak Syarikat Acmar International Group

    Property Development:-

    • Pnsb Acmar Sdn Bhd
    • Perspektif Masa Sdn Bhd
    • Summit Enterprise Sdn Bhd
    • Usahasama Utama Sdn Bhd
    • Success Leadership Alliance Sdn Bhd
    • Acmar Development Sdn Bhd
    • Cahaya Kelang Construction Sdn Bhd

      Hospitality:-

    • Acmar Jaya (M) Bhd
    • Dwelling Makers Sdn Bhd
    • Automative Motor & Trade:-
    1. Actmar Sdn Bhd
    2. Actmar Motor (M) Sdn Bhd
    3. Actmar Auto Services Sdn Bhd
    4. Education:-
    5. Top Spectrum Sdn Bhd
    6. Applied Knowledge Sdn Bhd
    • Syarikat Yang Memulihkan projek :-
    1. a) Dwelling Makers Sdn Bhd
    • Projek Yang Dipulihkan :-
    1. a) Cadangan sebuah hotel 24 tingkat di atas LOT H.S (M) 14954 (P.T 21444) persiaran bukit raja 2, bukit raja, mukim kapar, selangor darul ehsan.
    • Kos Projek:-
    1. Kos Keseluruhan : RM300 juta
    2. Kos Pemulihan : RM165 juta

Lampiran

Tiada Lampiran.