Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

305) BANGUNAN YAYASAN SELANGOR BUKIT BINTANG

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini bangunan Yayasan Selangor Bukit Bintang?

    Cadangan menaiktaraf bangunan sedang dibuat melalui program “Request for Proposal – RFP”. Cadangan tersebut menunggu keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pengurusan Lembaga Yayasan Selangor dan Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor. Buat masa ini, tingkat bawah telah disewa untuk kegunaan ‘retail’, bahagian ruang fasad bangunan disewa untuk paparan iklan ‘LED’, bahagian bumbung ‘roof top’ disewa untuk kegunaan menara telekomunikasi dan tempat letak kereta.

Lampiran

Tiada Lampiran.