Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

97) BANJIR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan yang digunakan untuk mengatasi masalah banjir di Selangor sejak bulan Mac2008 mengikut daerah dan lokasi?

    Jumlah peruntukan bagi program mencegah banjir pada tahun 2008 sebanyak RM 46.124 juta manakala bagi tahun 2009, sebanyak RM 44.98 juta. Agihan peruntukan mengikut daerah adalah seperti berikut :

     

     

    DAERAH

     

    RANCANGAN

    MENCEGAH BANJIR DAN

    KERJA-KERJA KECIL

    2008

    (RM) JUTA

     

    RANCANGAN

    MENCEGAH BANJIR

    DAN KERJA-KERJA

    KECIL 2009 (RM) JUTA

     

    Petaling 5.538 7.150
    Gombak 6.896 2.550
    Klang 6.718 8.050
    Kuala Langat 12.464 2.150
    Hulu Langat 6.011 14.250
    Sepang 2.000 4.160
    Kuala Selangor 1.400 5.060
    Hulu Selangor 4.700 0.650
    Sabak Bernam 0.390 0.560
    JUMLAH 46.124 44.98

Lampiran

Tiada Lampiran.