Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

155) BANJIR DI KAMPUNG SUNGAI TEKALI DAN KAMPUNG SUNGAI GAHAL, HULU LANGAT

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha kerajaan negeri untuk menangani masalah banjir di kawasan tersebut ?

    Punca utama banjir di Sungai Tekali dan Kampung Sungai Gahal adalah disebabkan penerokaan tanah yang pesat disekitar kawasan tersebut. Akibat aktiviti penerokaan ini, ketika hujan lebat, air hujan dalam kuantiti yang besar begitu cepat masuk ke dalam sungai dan kedua-dua sungai ini tidak lagi dapat menampung tambahan kuantiti ini. Bagi menangani masalah banjir di kawasan tersebut, Kerajaan Negeri melaksanakan kerja – kerja penyelenggaraan iaitu:

    • kerja – kerja penyelenggaraan cuci gali sungai yang dilakukan 2 kali setahun dan;
    • Kerja-kerja mengeluarkan pasir melalui syarikat konsesi di bahagian-bahagian sungai yang cetek.

    Dari segi jangka panjang, Kerajaan meningkatkan kualiti perancangan pembangunan di sekitar Kajang dengan menerapkan perancangan sistem saliran yang menyeluruh.  Untuk tujuan ini, Jabatan Pengairan dan Saliran telah menyediakan Pelan Induk Saliran Bandar Kajang untuk digunapakai sebagai panduan pembangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi-agensi yang berkenaan.  Pelan ini menyediakan maklumat kuantiti air saliran serta konsep penyaliran air bagi kawasan yang akan dibangunkan untuk mengelakkan masalah ketidakberkesanan saliran yang menjadi punca utama banjir kilat berlaku.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.