Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

98) BANJIR DI KAWASAN KG BARU SERI KEMBANGAN

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Banjir serius berlaku pada awal April 2019 di Jalan Kuyuh, Kg Baru Seri Kembangan. Apakah rancangan terdekat dan jangka masa panjang untuk selesaikan masalah ini?

    Kejadian banjir adalah disebabkan oleh paras air Sungai Kuyuh tinggi serta taburan hujan yang tinggi. Projek membina rumah pam air di Jalan Kuyuh telah pun siap dibina oleh pihak Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) sebagai langkah mengatasi kejadian banjir. Pihak JPS juga menyatakan telah merangka pelan cadangan penyelesaian isu banjir dengan melebarkan dan mendalamkan Sg. Kuyuh.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.