Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

117) BANJIR DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah penyelesaian masalah banjir di Negeri Selangor terutama di bandar Kajang dan Shah Alam?

    Kerajaan negeri melalui JPS Negeri Selangor telah melaksanakan kerja-kerja tebatan banjir dan menaiktaraf saliran bagi menyelesaikan masalah banjir di Negeri Selangor terutama di bandar Kajang dan Shah Alam. Bagi bandar Kajang, terdapat projek menaiktaraf Sungai Jeluh yang sedang dalam pelaksanaan dan dijangka siap pada bulan Julai 2016. Bagi bandar Shah Alam pula, terdapat projek menaiktaraf Sungai Damansara dari CH 0 hingga CH 7500 yang telah siap pada 8 Julai 2016. Selain itu, terdapat juga projek membina arch culvert dan kerja berkaitan di Batu 3 yang akan siap pada 12 Oktober 2016.

Lampiran

Tiada Lampiran.