Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

103) BANJIR DISEBABKAN KADAR AIR HUJAN MELAMPAU

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukan bagi membantu mangsa banjir di Hulu Langat dan Klang Selatan?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Tabung Bencana Khas Negeri Selangor telah memperuntukkan sejumlah RM50,000.00 sebagai amaun pusingan bagi Tabung Bencana setiap daerah. Peruntukan ini yang pada asalnya ditetapkan pada jumlah RM40,000.00 telah dinaikkan kepada RM50,000.00 bagi setiap daerah selaras dengan pindaan terhadap Arahan Amanah, Tabung Bencana Khas Negeri Selangor di bawah Seksyen 9(1), Akta Tatacara Kewangan 1957. Peruntukan Tabung Bencana Daerah boleh diimbuh balik kepada amaun pusingan RM50,000.00  tersebut setelah ia digunakan untuk tujuan bencana di daerah dengan mengemukakan dokumen-dokumen lengkap ke Perbendaharaan Negeri Selangor.

    Bagi tahun 2012, sehingga tarikh 9 November, bayaran yang telah disalurkan bagi membantu mangsa bencana di Daerah Hulu Langat adalah sebanyak RM4,408,420.00. Manakala pembayaran kepada Daerah     Klang    sehingga    tarikh tersebut adalah sebanyak  RM 4,923,500.00.

Lampiran

Tiada Lampiran.