Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

19) BANJIR KILAT

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah jenis sumbangan kerajaan negeri Selangor kepada mangsa banjir kilat?

    Di dalam usaha ke arah menyelesaikan masalah banjir di dalam Negeri Selangor, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran telah pun menyiapkan beberapa siri Pelan Induk Saliran . Melalui pelan ini dapat dikenal pasti luas tadahan dan juga kawasan banjir yang terlibat di mana tindakan menyelesaikan banjir dilaksanakan melalui gabungan agensi-agensi di dalam Negeri Selangor. Contohnya, projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Rasa kini dalam pelaksanaan yang melibatkan Agensi Jabatan Kerja Raya, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Jabatan Pengairan dan Saliran.

Lampiran

Tiada Lampiran.