Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

256) BANJIR KILAT

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah persediaan Kerajaan Negeri sekiranya berlaku banjir kilat?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor melalui Smart Selangor Command Centre (SSCC) sentiasa beroperasi dalam tempoh 24 jam setiap hari berperanan memantau semua stesen banjir dan paras air di Negeri Selangor. Selain itu juga, hebahan amaran cuaca daripada Jabatan Meteorologi Malaysia akan dipanjangkan kepada semua agensi dan Pegawai Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan sebagai langkah kesiapsiagaan. Sekiranya kejadian banjir kilat berlaku, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor, Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Selangor dan Polis DiRaja Malaysia akan dimaklumkan dengan kadar segera untuk tujuan penyelarasan operasi bencana secara bersepadu.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.