Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

171) TANAH KTM

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini atas tanah yang diperuntukkan untuk jalan keretapi yang tidakdibangunkan? Ianya kini telah diduduki oleh penduduk tempatan. Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah ini?

    Pihak Perbadanan Aset Keretapi (RAC) telah mengadakan perjumpaan bersama pihak penduduk di Kampung Keretapi, Bestari Jaya pada 5 Oktober 2019 dan telah memaklumkan bahawa setelah beberapa mesyuarat yang telah diadakan di antara pihak RAC dan Kerajaan Negeri, RAC tidak dapat mempertimbangkan pemberimilikan tanah kepada penduduk tempatan atas sebab-sebab seperti berikut:

     

    • Tanah rezab keretapi telah dirizabkan untuk kegunaan operasi keretapi sahaja dan tidak terhenti daripada dirizabkan;
    • Tanah rizab keretapi adalah untuk tujuan kegunaan keretapi dan bukan tujuan penempatan;
    • Pembangunan sektor keretapi negara berkembang pesat maka tanah rizab keretapi di Bukit Badong perlu dikekalkan bagi tujuan pembangunan perkeretapian pada masa depan; dan
    • Sekiranya pelepasan tanah tersebut dilaksanakan, pihak Kerajaan Persekutuan akan menanggung perbelanjaan yang tinggi untuk melaksanakan projek pembangunan perkeretapian di masa hadapan kerana akan melibatkan kos pengambilan tanah di samping kos-kos lain.

    Mesyuarat di antara RAC bersama YBhg. Dato’ Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak, Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) telah memutuskan bahawa RAC tidak akan melepaskan tanah tersebut tetapi akan memberi penyewaan/pajakan kepada penduduk.

    Pihak RAC telah memutuskan untuk tidak memberikan pemberimilikan kepada penduduk dan hanya membenarkan sewaan kepada penduduk tempatan/setinggan di Negeri Selangor dan negeri-negeri lain yang terlibat seperti di Negeri Pahang dan Kelantan. Kadar yang ditetapkan kepada penduduk setinggan adalah dengan kadar nominal iaitu RM100.00 (sebulan) bergantung kepada jumlah pendapatan isi rumah.

    Pihak RAC telah memberikan Borang Permohonan Penyewaan Tanah Berhakmilik/Rezab kuarters, Gudang, Ruang di atas Tanah Keretapi kepada penduduk. Borang tersebut adalah seperti di Lampiaran A.

Lampiran

Tiada Lampiran.