Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

243) BANJIR KILAT

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang telah diambil bagi menangani masalah banjir dari Econsave ke Puncak Alam dan di jalan Meru Tambahan berhadapan Mc Donald Puncak Alam?

    JPS Negeri Selangor telah mengambil tindakan segera bagi menangani masalah banjir yang berlaku di kawasan Puncak Alam dengan melaksanakan kerja-kerja mendalamkan dan melebarkan parit tanah sediaada pada hujung tahun 2015 dengan menggunakan peruntukan Mengurus Negeri. Untuk makluman Yang Berhormat, kawasan yang terlibat dengan masalah banjir tersebut adalah kawasan yang belum dibangunkan dan hanya bergantung kepada sistem perparitan tanah sediaada yang tidak dapat menampung kadar aliran air yang banyak semasa hujan

Lampiran

Tiada Lampiran.