Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

78) BANJIR KILAT DI KAJANG

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pada 27 Ogos 2008 sekali lagi berlaku banjir kilat di Kajang yang memakan korban jiwa, menenggelamkan kenderaan dan merosakkan rumah-rumah di perlembahan pekan Kajang. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di Pekan Kajang?

    Kejadian banjir yang berlaku disebabkan oleh pembangunan yang pesat di kawasan
    tersebut dan juga sistem perparitan dalaman lama yang tidak dinaiktaraf.

    Kawasan 113 ekar yang digondolkan adalah sebahagian daripada projek pemaju
    Prestige Improvement. Kawasan seluas 113 ekar ini, memandangkan yang ianya tidak
    ada tumbuhan yang memperlahankan larian air, menyebabkan larian air hujan mengalir
    dengan cepat masuk ke Sg. Jeluh dan meningkatkan paras air hingga melimpah.
    Tambahan lagi tiga halangan iaitu di jambatan pasar, jambatan JKR Jalan Bukit dan
    pembetong (culvert) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyebabkan kesan
    ‘backwater’ di mana paras air di hulu halangan tersebut meningkat dan menghalang air
    parit-parit berdekatan daripada mengalir ke sungai. Limpahan dari parit-parit inilah yang
    mengakibatkan banjir lumpur.

Lampiran

Tiada Lampiran.