Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

233) BANJIR KILAT DI LOT 2977 KG. PAYA JARAS TENGAH MUKIM SUNGAI BULOH 1

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah ada mekanisme oleh kerajaan negeri terhadap pemilik tanah yang menutup longkang sehingga menyebabkan banjir kilat berlaku di lot tersebut?

    Jalan di tanah lot persendirian adalah tanggungjawab pemilik. Jika didapati penutup longkang yang dibuat sendiri oleh individu yang menyebabkan banjir yang menjejaskan penduduk setempat maka Pihak Majlis akan memberi notis kepada pemilik untuk memecahkan longkang yang telah ditutup. Untuk makluman, jalan-jalan dan longkang yang terlibat, Kampung Paya Jaras Tengah adalah di bawah penyelenggaraan pihak Jabatan Kerja Raya.

Lampiran

Tiada Lampiran.