Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

138) BANJIR KILAT DUN BALAKONG

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Banjir Kilat sering berlaku di kawasan DUN Balakong disebabkan sistem perparitan yang lama atau kurang berfungsi. Untuk membaiki sistem perparitan akan melibatkan kos yang tinggi dan tidak dapat bergantung kepada bajet PBT. Apakah usaha Kerajaan Selangor demi mengatasi masalah ini?

    Merujuk kepada keputusan MMKN Rujukan (43) bertarikh 20 April 2006, telah memutuskan sistem perparitan adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

    Adalah menjadi tanggungjawab PBT merujuk tatacara “Town Planning” untuk memohon peruntukan bagi menaiktaraf sistem saliran yang lama atau kurang berfungsi mengakibatkan banjir kilat.

     

    Pihak PBT perlu mengemukakan cadangan mitigasi berserta anggaran kos kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk permohonan peruntukan.

Lampiran

Tiada Lampiran.