Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

299) BANJIR KILAT LEBUHRAYA DAMANSARA PUCHONG (LDP)

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah hasil siasatan terhadap punca banjir kilat yang melanda di kawasan IOI Mall - Lebuhraya LDP pada Jun 2015?

    1. a) dan b)

    Hasil siasatan terhadap punca banjir kilat yang melanda di kawasan IOI Mall – Lebuhraya LDP pada Jun 2015 dan cara penyelesaian yang akan di ambil dinyatakan di jadual berikut:

     

    Hasil Siasatan Cara Penyelesaian
    1.          Hujan lebat iaitu melebihi aras yang sangat lebat (>60mm) pada hari kejadian.

     

    2.          Terdapat mendapan kelodak/pasir serta tumbuhan didalam longkang utama di hadapan IOI Mall yang menyebabkan kapasiti longkang berkurangan untuk menampung kuantiti aliran air terutama ketika hujan lebat.

     

    3.           Terdapat struktur konkrit didalam longkang utama (dihadapan IOI Mall) yang boleh menghalang kelancaran aliran air.

     

    4.          Terdapat mendapan kelodak/pasir didalam triple cell culvert dilaluan1 masuk ke IOI Mall dan box culvert (8m x 3m) didalam kawasan

    pembinaan stesen 6 LRT.

     

     

     

    Pihak MPSJ telah menjalankan dan menyiapkan kerja-kerja pembersihan kelodak/pasir dan tumbuhan didalam longkang utama tersebut pada Jun 2015.

     

     

    Surat kepada pihak IOI Property Sdn. Bhd. telah diserahkan pada 19/6/2015 bagi memohon pihak mereka untuk membawa keluar struktur konkrit tersebut. Walaubagaimanapun tindakan tersebut masih belum dilaksanakan.

     

    Pihak Prasana telah melaksanakan dan menyiapkan kerja-kerja pembersihan culvert tersebut pada Julai 2015.

     

    KAWASAN BANDAR PUCHONG JAYA (LEBUHRAYA DAMANSARA PUCHONG (LDP) DAN IOI MALL)

     

Lampiran

Tiada Lampiran.