Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

154) Banjir

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan terkini yang akan diambil untuk mengatasi banjir di kawasan Sungai Serai (Mukim Hulu Langat) dan Batu 10 (Mukim Cheras)?

    Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor (JPS) telah mengambil tindakan seperti berikut bagi mengatasi masalah banjir di kawasan Sungai Serai dan Batu 10:

    1. Untuk penyelesaian jangka panjang, JPS Negeri Selangor telah memohon peruntukan kepada Kerajaan Persekutuan dengan anggaran kos sebanyak RM500 juta yang merangkumi 3 daerah iaitu Daerah Hulu Langat, Daerah Sepang dan Daerah Kuala Langat. Untuk pelaksanaan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa ke-2, sekiranya projek ini diluluskan masalah banjir di kawasan Sungai Serai dan Bt.10 Mukim Cheras dapat diselesaikan secara holistik.

    2.  JPS Negeri Selangor juga telah memohon peruntukan kepada Kerajaan Negeri bagi pelaksanaan projek berikut di dalam RMK-12:

    i. Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat Di Kampung Batu 10, Mukim Cheras, Daerah Hulu Langat dengan kos sebanyak RM10.0 juta

    ii. Projek Menaiktaraf Kolam Takungan Banjir Bagi Mengatasi Masalah Banjir Di Kampung Sungai Serai, Mukim Hulu Langat, Daerah Hulu Langat dengan kos sebanyak RM10.0 juta

    Selain itu, taskforce banjir Sg Langat telah diwujudkan untuk mengkaji keberkesanan dan SOP Pelepasan Air dari Empangan Sungai Langat termasuk 2 struktur Water Intake di Bt.9 Hulu Langat dan Bt.11 Cheras. Draf laporan akhir untuk kajian ini sedang disediakan dan akan dibentangkan oleh JPS Malaysia bagi mengenalpasti punca-punca berlakunya banjir di kawasan tersebut. Setelah kajian lengkap, JPS akan menyediakan satu Standard Operating Procedure (SOP) kepada LUAS dan Air Selangor untuk mengawal dan menaiktaraf struktur Water Intake mengikut keberkesanannya.

Lampiran

Tiada Lampiran.