Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

68) BANTU SISWA

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Setakat hari ini, berapakah jumlah siswa yang telah memohon program Bantu Siswa dan berapa kos yang telah ditanggung oleh Kerajaan Negeri?

    Kerajaan Negeri tidak pernah melaksanakan program Bantu Siswa. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri ada melaksanakan beberapa program khas bagi membantu mahasiswa Selangor di institusi pengajian tinggi di seluruh negara.

    Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor ada melaksanakan program Peduli Siswa sejak tahun 2017 di mana seramai 3,835 pelajar telah menerima manafaat berjumlah RM119.1 juta. Program ini merupakan pembiayaan pendidikan dalam bentuk pinjaman boleh ubah di mana pelajar berpeluang untuk mendapat pengurangan bayaran balik sekiranya memenuhi semua syarat yang ditetapkan setelah tamat pengajian.

    Selain itu, Kerajaan Negeri juga menyediakan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) di bawah Program Inisiatif Peduli Rakyat. Program HPIPT ini telah mula diperkenalkan sejak tahun 2008 bagi membantu keluarga berpendapatan isi rumah RM5000 ke bawah dengan memberikan insentif sebanyak RM1,000.00 kepada anak Selangor yang melanjutkan pendidikan ke pusat pengajian tinggi awam atau swasta yang diiktiraf Kerajaan dengan mengikuti pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda. Sebanyak RM87.0 juta telah dibelanjakan sejak pelaksanaan pada tahun 2008 sehingga Oktober 2020.

Lampiran

Tiada Lampiran.