Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

81) BANTUAN ATAU BAJET KEPADA SEKOLAH DALAM NEGERI SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Isu infrastruktur SMK & SK memerlukan perhatian segera dan mendesak. Selain dari Kementerian Pendidikan, apakah bentuk bantuan segera dan yang boleh Kerajaan Negeri salurkan bagi menyenggara Sekolah Kebangsaan Dan Sekolah Menengah Kebangsaan di dalam DUN Teratai?

    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil pendekatan terbuka dan sentiasa menggalakkan pelibatan semua pihak dalam membantu KPM meningkatkan tahap pendidikan murid di sekolah. Langkah ini selaras dengan Anjakan 9: Bekerjasama dengan Ibu bapa, Komuniti dan Sektor Swasta Secara Meluas di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. Dalam hal ini, KPM telah mengeluarkan Surat Pekeling Ikhtisas (SPI) Bil. 3/2018 : Panduan Penyaluran dan Penerimaan Sumbangan daripada Sektor Swasta dan Bukan Swasta kepada Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Karajaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Pihak Kerajaan Negeri boleh menyalurkan bantuan sama ada dalam bentuk kewangan, material atau kepakaran kepada sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan melalui Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah atau terus ke sekolah dengan berpandukan prosedur yang telah dijelaskan dalam SPI tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.