Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

164) BANTUAN BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah peruntukan kepada NGO di Selangor dari tahun 2014-2016

    Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Panjang, Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta sepanjang tahun 2014 sehingga tahun 2016 dengan pecahan RM500,000.00 setahun bagi menampung program-program yang memberi manfaat dan berunsurkan kebajikan yang telah dilaksanakan oleh Badan-Badan Bukan Kerajaan di Negeri Selangor khususnya.

Lampiran

Tiada Lampiran.