Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

171) BANTUAN BENCANA

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan khas bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana?

    Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan peruntukan khas melalui Tabung Bencana Khas Negeri Selangor yang diurussetiakan oleh Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor. Peruntukan daripada Tabung Bencana Khas Negeri Selangor tersebut pula disalurkan kepada sembilan (9) Tabung Bencana Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah masing-masing.

Lampiran

Tiada Lampiran.