Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

222) BANTUAN BENCANA ALAM

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah nilai bantuan bencana alam yang kerajaan sediakan untuk mangsa ribut dan banjir yang terjejas?

    Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sumbangan bantuan kewangan kepada mangsa-mangsa bencana ribut dan banjir dengan kadar seperti jadual berikut:

     

    BIL. PERKARA KADAR MAKSIMUM (RM)
    1. Mangsa Banjir:

    a.    Banjir

    b.    Banjir Kilat yang tidak melibatkan pemindahan mangsa (pembayaran tidak boleh melebihi kadar tahunan dan hanya rumah yang dimasuki air sahaja layak menerima bantuan kewangan)

     

    500.00

    250.00

    (kadar maksimum setahun)

    2. Mangsa Kebakaran:

    a.    Musnah keseluruhan

    b.    Musnah sebahagian

     

    500.00

    250.00

    3. Mangsa Tanah Runtuh dan Ribut 500.00
    4. Waris kepada mangsa bencana yang meninggal dunia 1,000.00

Lampiran

Tiada Lampiran.