Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

35) BANTUAN BIASISWA PELAJAR

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah biasiswa kerajaan negeri yang dikeluarkan kepada pelajar cemerlang pada dua tahun lepas?

    Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) mempunyai dua
    (2) jenis tabung yang memberi kemudahan pinjaman pelajaran kepada anak-anak
    Negeri Selangor dan mereka yang layak setelah dipertimbangkan oleh Lembaga
    Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (LTKWBNS). Bentuk tabung
    pinjaman yang disediakan adalah seperti berikut:
    (i) Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor
    Tabung ini menyediakan kemudahan pinjaman pelajaran untuk pelajar-pelajar
    yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara, sama ada
    IPT Awam/ IPT Swasta (IPTA/ IPTS) bagi pengajian di peringkat Sijil/
    Diploma/ Ijazah.
    (ii) Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir (Fast Track) Negeri Selangor
    Tabung ini menyediakan kemudahan pinjaman pelajaran kepada pelajarpelajar yang menuntut di IPTS bagi kursus-kursus yang berkaitan dengan
    bidang teknikal dan kemahiran di peringkat Sijil.
    Bagi tempoh dua (2) tahun lepas, TKWBNS telah menawarkan pinjaman pelajaran
    mengikut pecahan seperti berikut:
    Tahun Bilangan Pelajar
    Ditawarkan
    Bilangan Pelajar
    Terima Tawaran Kos Pembiayaan
    2008 1,056 693 RM3.98 juta
    2009 1,077 742 RM4.26 juta
    JUMLAH 2,133 1,435 RM8.24 juta
    Seterusnya, melalui pinjaman pelajaran yang disediakan, TKWBNS turut
    menawarkan kemudahan Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah kepada pelajar-pelajar
    yang telah menamatkan pengajian dengan pencapaian cemerlang di IPTA/ IPTS
    dalam negara.

    Sejak dasar tersebut dikuatkuasakan bermula pada 1 Januari 2003 sehingga 31
    Disember 2009, seramai 428 peminjam telahpun mendapat kelulusan LTKWBNS
    untuk ditawarkan kemudahan Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah dengan melibatkan
    pelupusan pinjaman secara biasiswa berjumlah RM2,944,540.14.
    Bagi tempoh dua (2) tahun lepas, TKWBNS telah meluluskan Pinjaman Pelajaran
    Boleh Ubah kepada pelajar-pelajar cemerlang mengikut pecahan seperti berikut:
    Tahun Bilangan Pelajar
    Diluluskan
    Jumlah Pelupusan
    Pinjaman
    2008 94 RM699,699.00
    2009 92 RM741,329.00
    JUMLAH 186 RM1,441,028.14

Lampiran

Tiada Lampiran.