Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

137) BANTUAN BIASISWA PENDIDIKAN OLEH YAYASAN SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah wang yang telah dibelanjakan oleh Yayasan Selangor bagi tujuan bantuan biasiswa pendidikan bagi tahun 2010 yang lalu?

    Jumlah wang yang telah dibelanjakan oleh Yayasan Selangor bagi tujuan bantuan biasiswa pendidikan adalah sebanyak RM418,600.00. Pecahan perbelanjaan adalah seperti berikut :

    Perkara Bil. Pelajar Perbelanjaan (RM)
    Biasiswa Khas

    (RM700.00 setahun)

    228 RM159,600.00
    Biasiswa Kecil

    (RM400.00 setahun)

    564 RM225,600.00
    Dermasiswa

    (RM400.00) setahun

    – Pelajar cemerlang PMR (8A ke atas)

    61 RM24,400.00
    Pertukaran pinjaman pelajaran kepada biasiswa (pencapaian Ijazah Kelas Pertama) 1 RM9,000.00
    Jumlah Keseluruhan Perbelanjaan 854 RM418,600.00

Lampiran

Tiada Lampiran.