Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

126) BANTUAN BLUEPRINT KERAJAAN PRIHATIN

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mohon nyatakan jumlah keseluruhan penerima di Selangor bagi tahun 2016

    Kerajaan Negeri sentiasa proaktif untuk mencapai matlamat kemiskinan sifar dalam semua dimensi lantaran  melebarkan  golongan  kelas  Dalam hal ini, inisiatif dan usaha keras Kerajaan Negeri dapat dilihat melalui pelaksanaan pelbagai program bantuan dan pengupayaan ekonomi oleh pelbagai Jawatankuasa Tetap (STANDCO) serta Jabatan/ Agensi. Antaranya adalah Program Bantuan Blueprint  Pembasmian  Kemiskinan  yang bermatlamat untuk meningkatkan taraf ekonomi  melalui  penjanaan/ peningkatan pendapatan bagi golongan masyarakat/ individu yang berpendapatan di bawah RM1,500.00 sebulan  atau  pendapatan  seisi  rumah di bawah RM3,000.00 terutamanya melibatkan  peniaga-peniaga  kecil  menerusi pemberian bantuan peralatan/ mesin berdasarkan perusahaan yang sedang dijalankan.

    Untuk tahun 2016, jumlah keseluruhan penerima manfaat program ini adalah seramai 504 orang. Berikut merupakan jumlah penerima manfaat bagi tahun 2016 mengikut daerah :-

     

    BIL.

     

    DAERAH

    JUMLAH PENERIMA MANFAAT (ORANG)
    1. Petaling 17
    2. Klang 65
    3. Gombak 24
    4. Hulu Langat 9
    5. Kuala Langat 112
    6. Sepang 50
    7. Hulu Selangor 115

     

    8. Kuala Selangor 45
    9. Sabak Bernam 67
    JUMLAH KESELURUHAN 504

Lampiran

Tiada Lampiran.