Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

28) BANTUAN BLUEPRINT PEMBASMIAN KEMISKINAN

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa banyakkah permohonan bantuan Blueprint yang telah diluluskan bagi tahun 2017 - 2018?

    Sepertimana semua sedia maklum, Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan merupakan salah satu daripada usaha Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi untuk meningkatkan taraf ekonomi melalui penjanaan/ peningkatan pendapatan bagi individu berpendapatan di bawah RM1,500.00 sebulan atau pendapatan seisi rumah di bawah RM3,000.00 terutamanya melibatkan peniaga-peniaga kecil menerusi pemberian bantuan peralatan/ mesin berdasarkan perusahaan yang sedang dijalankan. Inisiatif ini merupakan antara empat puluh dua (42) Program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang bermatlamat mengupayakan masyarakat untuk keluar daripada kitaran kemiskinan.

    Sehingga 24 Ogos 2018, sejumlah 3,652 orang telah menerima manfaat daripada program ini sejak ianya mula dilaksanakan pada tahun 2008. Bagi tahun 2017 dan 2018 pula, jumlah penerima manfaat bagi program ini adalah seramai 751 orang. Berikut merupakan ringkasan jumlah penerima manfaat bagi tahun 2017 dan 2018:-

Lampiran

Tiada Lampiran.