Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

285) BANTUAN COVID-19

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah jenis bantuan kewangan, jika ada yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada rakyat Selangor yang terjejas pendapatan akibat wabak Covid-19?

    Soalan ini akan dijawab bersekali dengan soalan No. 228 – Perbelanjaan Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (Mac – Jun) dari Bukit Lanjan, No. 285 – Bantuan Covid – 19 dari Sungai Burong, dan No. 293 (a) dan (b) – Bantuan Rakyat dari Sungai Air Tawar.

    Kerajaan Negeri telah menyediakan bantuan kepada penduduk di Negeri Selangor di bawah Pakej Rangsangan Selangor Prihatin. Di bawah Pakej ini, terdapat sebanyak 42 inisiatif telah diperkenalkan yang melibatkan impak kewangan sebanyak RM413.933 juta.

    Perincian setiap inisiatif berserta jumlah peruntukan adalah seperti di Lampiran I.

Lampiran

Tiada Lampiran.