Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

135) BANTUAN COVID 19

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah jenis bantuan kewangan yang disediakan untuk daerah yang dikenakan PKPB di Negeri Selangor?

    Secara umumnya semua daerah di Negeri Selangor terlibat dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan bermula 13 Mei 2020 – 9 Jun 2020 dan 14 Oktober 2020 – 27 Oktober 2020. Pakej Rangsangan ekonomi yang dinamakan Pakej Selangor Prihatin telah diumumkan dalam 2 fasa iaitu pada 20 Mac 2020 dan 1 April 2020 yang mengandungi 42 inisiatif. Pakej Selangor Prihatin ini adalah bermatlamatkan untuk memulihkan ekonomi negeri dan bertujuan menangani impak penularan jangkitan COVID-19. Bantuan-bantuan ini tidaklah memfokuskan bantuan yang berorientasikan daerah namun ia lebih memfokuskan golongan bersasar yang berkemungkinan mengalami kesukaran dari sudut ekonomi sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan ini. Jenis bantuan atau insentif utama yang terkandung dalam 42 inisiatif yang diumumkan adalah seperti berikut:

Lampiran

Tiada Lampiran.