Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

82) BANTUAN DAN BIASISWA PENDIDIKAN

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan Persekutuan memberi biasiswa melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) manakala manifesto Pakatan Rakyat pada PRU 12 mahu memberi bantuan dan biasiswa pelajaran kepada para pelajar. Apakah tindakan Kerajaan Negeri merealisasikan hasrat tersebut?

    Kerajaan Negeri di bawah Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) telah menyediakan kemudahan Pinjaman Pelajaran kepada pelajar-pelajar anak Negeri Selangor bagi melanjutkan pengajian di IPTA/ IPTS dalam negara. Namun begitu, Kerajaan Negeri akan menukarkan pinjaman pelajaran tersebut kepada biasiswa sekiranya pelajar-pelajar berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang iaitu dengan memperolehi CGPA 3.75 ke atas.

    Selain itu, Kerajaan Negeri juga turut menawarkan bantuan kepada anak-anak Negeri Selangor yang kurang berkemampuan bagi melanjutkan pengajian di IPT melalui program Hadiah Pengajian IPT Kerajaan Negeri Selangor (Hadiah Anak Masuk Universiti). Bantuan tersebut merupakan salah satu kemudahan yang ditawarkan menerusi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dan pemohon yang membuat permohonan perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah di tetapkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.