Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

204) Bantuan Dari Peruntukan PBT

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah wajar sekiranya pihak PBT untuk membelanjakaan sebahagian dari simpanan (10-15%) bagi membantu masyarakat yang hilang pekerjaan akibat pandemik Covid-19 melalui Ahli-ahli Majlis Tempatan?

    Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 12/2020 bertarikh 1 April 2020 telah meluluskan penyaluran Peruntukan Khas bagi membantu masyarakat yang hilang pekerjaan akibat pandemik Covid-19 melalui Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di mana peruntukan sebanyak RM 10,000.00 dan RM 5,000.00 telah disalurkan mengikut PBT dengan menggunakan peruntukan sediaada PBT seperti berikut:

     

    Peruntukan bantuan yang disalurkan berbentuk barangan keperluan harian (barangan makan kering) ini adalah untuk membantu penduduk di kawasan PBT yang memerlukan terutamanya golongan B40.

Lampiran

Tiada Lampiran.