Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

113) BANTUAN FOOD STAMP

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan barangan food stamp sentiasa bermutu dan berkualiti?

    Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kebajikan dengan kerjasama Hijrah Selangor sentiasa berusaha memastikan barangan makanan asas bagi Program ‘Smart Selangor Food Stamp’ berada di dalam keadaan yang baik dan berkualiti. Sehubungan itu, beberapa langkah telah dilaksanakan dalam memastikan barangan sentiasa berkualiti adalah seperti berikut:-

    • Jawatankuasa Tetap Kebajikan telah mendapatkan maklum balas yang dikemukakan oleh setiap Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) di seluruh Selangor berhubung dengan kualiti barangan yang dibekalkan kepada setiap PKM serta telah membuat penambahbaikan bagi setiap isu yang dibangkitkan.
    • Pihak Hijrah Selangor juga telah melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan secara berkala ke kilang-kilang pembungkusan bagi memastikan barangan yang dibekalkan adalah bermutu dan berada di dalam tempoh sah sebelum tarikh
    • Membuat lawatan dan pemeriksaan di beberapa PKM secara rawak bagi memastikan jaminan kualiti barangan yang diterima dalam keadaan
    • Mengambil tindakan yang proaktif sekiranya terdapat barangan yang dibekalkan berada di dalam keadaan kurang memuaskan dengan menggantikan barangan yang baru. Dalam hal ini, pihak PKM juga berperanan untuk memaklumkan kepada pihak Hijrah Selangor supayabekalan barangan yang dihantar adalah tidak melebihi jumlah penerima bantuan semasa bagi mengelakkan berlaku lebihan barangan yang boleh menyebabkan kerosakan akibat disimpan terlalu lama.

Lampiran

Tiada Lampiran.