Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

248) BANTUAN GOLONGAN ANAK MUDA DAN WANITA

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah insentif Kerajaan Negeri dalam membantu golongan anak muda dan wanita demi menggalakkan mereka menceburi kerjaya masing-masing?

    Kerajaan Negeri sentiasa memberi sokongan dalam membantu golongan anak muda dan wanita demi menggalakkan mereka menceburi kerjaya masingmasing.

    Bagi golongan anak muda, antara insentif yang diberikan adalah seperti berikut :

    1. Mengenalpasti kategori dan kecenderungan belia;
    2. Mewujudkan pangkalan maklumat lengkap tentang belia Selangor;
    3. Mewujudkan mekanisma pengurusan dan komunikasi belia Selangor;
    4. Mengenalpasti dan     melaksanakan          program-program     belia   yang menekankan aspek kepedulian masyarakat;
    1. Membentuk budaya sayangkan ilmu dikalangan belia;
    2. Membantu belia dalam mengenalpasti kerjaya yang bersesuaian;
    3. Menyediakan peluang dan ruang untuk belia bergerak aktif dalam sukan; dan
    4. Menganjurkan program hiburan yang bersesuaian selaras dengan kehidupan yang sihat dan sejahtera.

    Manakala bagi golongan wanita, mereka boleh menikmati insentif dan usaha yang disediakan oleh Kerajaan Negeri seperti berikut :

    1. Program-program pemberdayaan wanita Selangor dengan kerjasama jabatan, agensi dan Pusat Wanita Berdaya (PWB) diseluruh Selangor;
    1. Skim Mikrokredit Luar Bandar (SkimSel);
    2. Skim Mikrokredit Bandar (MIMBAR);
    3. Skim Mikrokredit Wanita Ladang (WALA);
    4. Program Pemberdayaan Ibu Tunggal SOHO Selangor (PET-SOHO-S)

Lampiran

Tiada Lampiran.