Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

218) BANTUAN INFRASTRUKTUR

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status Bantuan Infrastruktur yang berjumlah RM500,000 kepada setiap DUN di Negeri Selangor?

    Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM500,000.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus Ribu Sahaja) bagi 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Selangor yang berjumlah RM28,000,000.00 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh Lapan Juta Sahaja) untuk melaksanakan projek-projek kecil dan perbekalan. Penyaluran peruntukan tersebut kepada semua Pejabat Daerah telah dilaksanakan pada 14 September 2012.

     

    Sehingga 6 November 2012, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) telah menerima 878 permohonan projek kecil dan perbekalan yang berjumlah RM26,567,884.10 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh Enam Juta Lima Ratus Enam Puluh Tujuh Ribu Lapan Ratus Lapan  Puluh  Empat  dan  Sen Sepuluh Sahaja). Perincian permohonan projek-projek kecil mengikut daerah adalah seperti jadual berikut:

     

     

    BIL. DAERAH BIL. DUN SILING PERUNTUKAN (RM) BIL. PROJEK PERMOHONAN (RM)
    1 Petaling 14 7,000,000.00 178 6,781,760.00
    2 Klang 9 4,500,000.00 93 4,488,754.10
    3 Gombak 6 3,000,000.00 110 3,000,000.00
    4 Hulu Langat 9 4,500,000.00 209 4,047,545.00
    5 Sepang 2 1,000,000.00 34 1,000,000.00
    6 Kuala Langat 4 2,000,000.00 69 1,281,884.00
    7 Kuala Selangor 5 2,500,000.00 55 2,467,981.00
    8 Hulu Selangor 3 1,500,000.00 62 1,499,960.00
    9 Sabak Bernam 4 2,000,000.00 68 2,000,000.00
    JUMLAH KESELURUHAN 56 28,000,000.00 878 26,567,884.10

    Daripada jumlah tersebut, pecahan permohonan mengikut kategori            projek- projek kecil dan bekalan adalah seperti jadual berikut:

     

     

    KATEGORI PROJEK BIL. PROJEK KOS PROJEK

    (RM)

    Jalan 399 13,446,499.10
    Longkang/Perparitan 112 3,259,040.00
    Jambatan/Cerun 12 311,000.00
    Dewan/Balairaya 41 1,227,380.00
    Masjid/Surau 59 1,338,000.00
    Kemudahan Sukan 89 3,070,880.00
    Pelbagai Projek (lampu jalan, baiki bumbung,

    bina pondok keselamatan etc)

     

    72

     

    2,202,100.00

    Bekalan 94 1,712,985.00
    JUMLAH KESELURUHAN 878 26,567,884.10

     

     

    Daripada permohonan tersebut, UPEN telah meluluskan secara berperingkat mulai 27 September 2012 sebanyak 794 buah projek yang berjumlah RM23,343,644.10 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh Tiga Juta Tiga Ratus Empat Puluh Tiga Ribu Enam Ratus Empat Puluh Empat dan Sen Sepuluh Sahaja). Kelulusan berperingkat ini disebabkan oleh permohonan daripada pihak Pejabat Daerah untuk menukar tajuk projek, pertambahan projek, pembatalan projek serta pengurangan kos bagi projek-projek yang telah diluluskan. Butiran penuh bagi status permohonan sehingga 6 November 2012 adalah seperti di lampiran A.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.