Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

38) BANTUAN JKM KEPADA RUMAH PERLINDUNGAN

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah jenis bantuan yang boleh diberikan oleh JKM kepada rumah-rumah perlindungan dalam membantu kelangsungan pengoperasiannya?

    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, jenis-jenis bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Selangor kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) ialah :

     

    • Geran Rangsum : bantuan yang diberikan oleh kerajaan bagi menampung sebahagian kos perbelanjaan dan penyediaan makan dan minum penghuni yang tinggal berkediaman atau datang secara harian ke PSK.
    • Geran Pentadbiran : bantuan yang diberikan oleh kerajaan bagi pembayaran saguhati sukarelawan, sewa premis, utiliti, program latihan dalam bidang kebajikan serta berorientasikan komuniti.
    • Elaun Khas Murid OKU : bantuan kewangan yang diberikan kepada OKU yang mengikuti program pendidikan khas di Sekolah Pendidikan Khas kendalian PSK yang mempunyai sijil Perakuan Pendaftaran dari Kementerian Malaysia.
    • Geran Per Kapita : diberikan kepada Sekolah Pendidikan Khas kendalian PSK yang mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia.
    • Geran Pembaikan : diberikan kepada PSK yang menjalankan Pusat Jagaan Harian atau Berkediaman untuk mambaik pulih premis yang menjejaskan keselamatan penghuni, pengurusan pentadbiran dan aktiviti PSK.

Lampiran

Tiada Lampiran.