Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

57) BANTUAN KEBAJIKAN KEPADA RAKYAT SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan senarai jenis bantuan kebajikan yang disediakan kepada Rakyat Selangor.

    Pelbagai bentuk dan jenis bantuan kebajikan yang telah disediakan kepada rakyat Selangor. Melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, Kerajaan Negeri Selangor telah menyalurkan bantuan kebajikan melalui Skim Bantuan Am Negeri dengan peruntukan sebanyak RM16,639,915.00 bagi tahun 2017.

    Selain daripada bantuan yang disenaraikan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, Kerajaan Negeri juga melalui Program Inisiatif Peduli Rakyat menyediakan pelbagai program dan bantuan kebajikan khusus kepada rakyat Selangor tanpa mengira perbezaan kaum, agama mahupun fahaman politik untuk turut sama menikmati dan menerima manfaat hasil dari kekayaan Negeri Selangor.

    Senarai bantuan kebajikan melalui Inisiatif Peduli Rakyat adalah seperti di Lampiran A.

Lampiran

Tiada Lampiran.