Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

197) BANTUAN KEBAJIKAN MENGIKUT DUN

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukan kerajaan negeri untuk kebajikan rakyat mengikut DUN?

    Sehingga 23 Mei 2014, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor telah menerima Peruntukan Negeri sebanyak RM10,812,573.00 bagi membiayai Skim Bantuan AM, Bantuan Latihan Belia dan Bantuan Pemulihan Bencana. Peruntukan ini akan disalurkan kepada klien melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) berdasarkan jumlah kes dan RM yang diperlukan setiap bulan. Walau bagaimanapun, peruntukan yang disalurkan ini masih tidak mencukupi untuk menampung kos bayaran bantuan kepada klien sehingga bulan Disember, 2014 dengan mengambil kira pertambahan kes baru dan juga kes pemulihan bencana. Justeru itu, pihak jabatan akan mengemukakan permohonan peruntukan tambahan bagi menampung kekurangan

Lampiran

Tiada Lampiran.