Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

270) BANTUAN KEBAJIKAN UNTUK PASUKAN BOMBA SUKARELA

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pasukan bomba sukarela sentiasa membantu dalam pelbagai operasi penyelamat atau aktiviti-aktiviti gotong royong. Apakah usaha yang akan ditimbangkan oleh pihak kerajaan demi memudahkan tugasan harian mereka atau menggalakkan pertubuhan pasukan bomba sukarela yang baru

    Melalui Polisi penubuhan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) adalah di bawah perutukan seksyen 62(1)(C) Akta Perkhidmatan Bomba 1988 dan tertakluk kepada kawalan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan penubuhannya tidak akan melibatkan implikasi kewangan terhadap kerajaan.

    JBPM telah memberikan peruntukan Geran Tahunan untuk melancarkan aktiviti PBS. Geran Tahunan ini bergantung kepada kelulusan peruntukan kerajaan. Untuk Makluman, bagi tahun 2018, Pasukan Bomba Sukarela memperolehi Geran Tahunan sebanyak RM3,000.00 manakala bagi tahun 2019 adalah sebanyak RM1,500.00.

    Selain itu juga, setiap PBS (Keahlian 20 Orang) yang didaftarkan diberikan perlindungan insurans yang mengandungi tuntutan kematian ahli sebanyak RM 19,000.00 dan sebagainya.

Lampiran

Tiada Lampiran.