Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

107) BANTUAN KEMISKINAN

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri yakin bantuan untuk asnaf zakat dan JKM diterima oleh golongan yang berkelayakan?

    Di Lembaga Zakat Selangor (LZS), bagi memastikan asnaf zakat benar-benar layak menerima bantuan zakat beberapa kaedah dilaksanakan iaitu:

    • Kaedah penentuan asnaf fakir dan miskin berdasarkan penggunaan haddul kifayah – Dalam konteks Negeri Selangor, haddul kifayah merujuk kepada suatu kadar keperluan asasi yang paling minimum bagi sesebuah isi rumah yang ditetapkan oleh LZS berdasarkan kajian lapangan terhadap kos sara hidup masa kini. Kriteria penilaian asnaf fakir dan miskin yang diguna pakai oleh LZS berdasarkan kepada Sistem Pengurusan Agihan Zakat Negeri Selangor yang telah mendapat kelulusan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.
    • Kerjasama dengan 1,700 penolong amil kariah di seluruh
    • Bengkel Pemilihan Asnaf Fakir dan Miskin – Ia dilaksanakan selepas proses bancian asnaf dijalankan melibatkan LZS dengan kerjasama wakil di peringkat kariah sehingga peringkat daerah.
    • Siasatan ke lapangan: Pegawai LZS akan membuat siasatan berdasarkan sesuatu

    Setiap permohonan yang diterima akan diteliti dan disiasat oleh kakitangan JKM bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon sebelum kelulusan diberikan. Kriteria kelayakan permohonan bantuan adalah seperti berikut:

     

    • Warganegara Malaysia dan bermastautin di

     

    • Pendapatan keluarga tidak melebihi RM720.00 sebulan.

     

    • Golongan yang tidak berkemampuan dan berkeperluan dengan mengambil kira faktor-faktor seperti bilangan anak/tanggungan yang tinggal bersama dan berasingan, tahap ketidakupayaan ketua keluarga atau ahli keluarga, sokongan dari ahli keluarga, keadaan dan kelengkapan rumah berdasarkan keperluan keluarga dan faktor-faktor lain yang munasabah serta boleh memberikan gambaran kedudukan kewangan dan perbelanjaan harian.

Lampiran

Tiada Lampiran.