Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

110) BANTUAN KEPADA GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pelan tindakan kerajaan negeri bagi mengatasi kemiskinan desa dan kemiskinan Bandar yang semakin meningkat, seterusnya menimbulkan banyak masalah-masalah sosial lain?

    Kerajaan Negeri dalam usaha untuk membasmi kemiskinan fokus kepada isu perumahan untuk orang miskin, penjanaan pendapatan, pendidikan dan kesihatan. Usaha ini diselaraskan bagi membantu mereka yang memerlukan dengan sasaran jangka panjang memastikan mereka dapat berdikari. Masalahmasalah sosial sering kali dikaitkan dengan golongan belia yang menghadapi masalah keciciran di bidang akademik atau tersepit di arus pembangunan. Dengan wujudnya Program Kemahiran Teknikal oleh Kerajaan Negeri, mereka berpeluang melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran sekali gus dalam mengurangkan masalah sosial.

Lampiran

Tiada Lampiran.