Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

200) BANTUAN KEPADA GOLONGAN WANITA

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan Kerajaan Negeri dalam memberi manfaat atau bantuan kepada golongan wanita, terutamanya di DUN Teratai dalam tahun 2014?

    Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan dalam melaksanakan program yang memberi manfaat kepada semua golongan wanita dengan tidak mengambilkira faktor DUN.

    Pelbagai program dan aktiviti pemberdayaan wanita telah dirangka untuk dilaksanakan setiap tahun oleh Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Selangor dan usahasama-usahasama sedia ada di bawah kendalian program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dan penglibatan portfolio-portfolio lain serta jabatan dan agensi seluruh Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.