Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

117) BANTUAN KEPADA IBU TUNGGAL SELAIN KAD KISS

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri kepada ibu tunggal kategori B40 yang tidak mendapat kad KISS atau bantuan lain yang setara dengannya?

    Untuk makluman Yang Berhormat Meru, Kerajaan Negeri amat komited terhadap kelangsungan dalam pelaksanaan program-program kepada rakyat Negeri Selangor yang berada dalam golongan B40, tanpa mengira bangsa dan latar belakang. Di antara program pada masa kini yang dilaksanakan untuk membantu rakyat Negeri Selangor ialah program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR). Program IPR merupakan program jangka panjang yang bersifat holistik dan tidak hanya menyajikan pemberian bantuan kebajikan semata-mata, tetapi memberi daya melalui pemerkasaan kepada penerima manfaat yang terdiri daripada pelbagai golongan termasuklah B40.

    Bagi para ibu tunggal yang berada dalam golongan B40, terdapat program-program IPR yang boleh dinikmati selain daripada program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS). Berikut adalah program-program IPR sedia ada yang disasarkan kepada golongan B40 yang merangkumi kesemua enam (6) kluster di dalam IPR iaitu kebajikan, kesihatan, kekeluargaan, pendidikan, perniagaan dan perumahan bagi membantu menaikkan taraf pendapatan dan kehidupan mereka:

Lampiran

Tiada Lampiran.