Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

96) BANTUAN KEPADA IKS

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan syarikat IKS yang telah berdaftar dengan Negeri Selangor?

    Syarikat – syarikat IKS di Negeri Selangor tidak berdaftar dengan Invest Selangor. Namun begitu, berdasarkan rekod oleh Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia) sebanyak 13,089 syarikat telah berdaftar dengan SME Corp. Malaysia di Negeri Selangor.

    Manakala dibawah Hijrah Selangor pula, sebanyak 46,352 syarikat IKS yang melibatkan juga perniagaan mikro telah berdaftar dengan Hijrah Selangor.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.