Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

120) BANTUAN KEPADA OKU SAKIT TERLANTAR

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah bantuan Kerajaan Negeri kepada OKU sakit terlantar yang ada tanggungan selain bantuan one off SMUE atau daripada JKM?

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan kepada golongan orang kurang upaya (OKU) yang terlantar melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor (JKMNS). Bantuan ini bertujuan untuk meringankan bebanan keluarga atau penjaga serta menggalakkan mereka untuk menjaga ahli keluarga yang OKU terlantar/ sakit terlantar/ sakit kronik.

    Manakala bagi Skim Mesra Usia Emas (SMUE) OKU pula tidak hanya diberikan kepada pesakit OKU terlantar sahaja. Pemohon dari kalangan OKU yang telah berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah layak untuk membuat permohonan SMUE OKU. Mereka yang memenuhi syarat skim SMUE OKU ini akan menerima manfaat melalui pemberian baucer sebanyak RM100.00 setahun yang boleh digunakan di pasaraya-pasaraya terpilih di kawasan mereka mengikut bulan kelahiran ahli SMUE OKU berkenaan.

    Kerajaan Negeri juga menyediakan Program Bantuan Sihat Selangor (BSS) untuk OKU terlantar bagi menampung kos perubatan mereka dalam aspek rawatan kesihatan, pembelian nutrisi makanan, keperluan khusus seperti lampin pakai buang dan kerusi roda dengan had maksima RM5,000.00 setahun.

Lampiran

Tiada Lampiran.