Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

182) BANTUAN KEPADA PARA BELIA

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa ramai ahli belia atau persatuan belia yang telah mendapat bantuan dari kerajaan negeri dan apakah jenis bantuan itu?

    Kerajaan tidak mempunyai peruntukan khusus kepada mana-mana ahli atau persatuan
    belia. Namun begitu, Kerajaan Negeri tiada halangan sekiranya ahli atau Persatuan
    Belia ini ingin bekerjasama dengan Penggerak Belia Tempatan yang ditempatkan di
    setiap zon. Ini berikutan Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM2.842
    juta setahun kepada program Penggerak Belia Tempatan ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.